assalamualaikum wrt....
sebagai makluman semua peserta, salah satu aktiviti yang bakal diadakan nanti ialah Kais Petang Makan Petang (KPMP). Slot ini akan diadakan pada hari pertama XPERT 2018.
Dalam slot KPMP, setiap peserta diminta untuk mencari dana sebanyak RM200 untuk disumbangkan kepada fakir miskin melalui projek Back To School.
ada 2 cara yang dikenalpasti untuk mendapatkan dana ini,
1. Melalui jualan amal / barang.
- Peserta yang memilih jalan ini, perlu membawa barang yang akan dijual semasa slot KPMP nanti, jual lah apa pun barang, asalkan dapat mencapai target dana RM200. Sebagai makluman, lokasi jualan ialah di sekitar pekan balik pulau. RM200 ini ialah KEUNTUNGAN BERSIH.... berikut dikongsikan pengiraannya :-
Contohnya, Kumpulan A bercadang untuk menjual buku.
- Harga modal sebuah buku = RM10
- Jumlah buku yang ingin dijual = 20 unit
- Maka harga jualan mestilah = RM20
- agar keuntungan = RM200
2. Memberi perkhidmatan ( servis berbayar )
- selain dari itu, setiap kumpulan juga boleh menggunakan khidmat servis berbayar untuk mendapatkan dana RM200, antara cadangan khidmat berbayar ialah :
- membasuh rumah
- Membasuh kereta
- Memotong rumput
- dan lain-lain
Slot ini akan dijalankan secara berkumpulan mengikut negeri masing-masing.
- satu kumpulan sekitar 9-12 orang
- jika ada negeri yang hantar penyertaan kurang dari 5, akan digabungkan dengan negeri lain.